| Salam dari hati.....Skuad Ramalan 2011 Malaysia vs Taiwan bagi Kelayakan Piala Dunia 2014  Makin hari makin hangat keadaan menjelang perlawanan di antara pasukan  Malaysia vs Taiwan bagi kelayakan Piala Dunia 2014. Bahang yang menusuk  di segenap diri para peminat bola sepak tempatan makin dirasai. Pelbagai  perbincangan dan perdebatan di antara kita mula kedengaran. Ramalan juga banyak dibuat sebelum tibanya perlawanan pada 8.45 malam esok. Berdebar menanti Skuad Malaysia vs Taiwan 2011 bagi Kelayakan Piala Dunia 2014. Pasti ramai yang membuat congakkan sendiri siapa yang bakal menyertai kesebelasan utama negara. Bagi yang ingin mendapatkan tiket perlawanan bolehlah mendaptkannya secepat mungkin.   Harapan yang menggunung tergalas di setiap bahu pemain-pemain negara.  Mampukah kita buat kali pertama layak ke Piala Dunia Brazil 2014?  Jawapan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Tetapi itu  bukanlah sesuatu yang mustahil diperolehi sekiranya corak permainan  Malaysia ditingkatkan ke tahap maksimum. Ranking bukannya ukuran untuk  layak ke kejohanan terbesar dalam bola sepak itu. Pasukan mana yang  kental merekalah bakal bertarung di pusingan akhir kelak.  Bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi dunia akan memberikan inspirasi  dan juga pengalaman kepada setiap pasukan. Pengalaman yang amat berharga  untuk dinilai. Mampukah pasukan Malaysia menggunakan peluang yang ada  untuk bersaing dengan mereka. Kita tunggu keputusan esok kerana  perjalanan Pasukan Kebangsaan akan lebih cerah jika berjaya menjinakkan  pasukan Taiwan. Siapakah skuad yang bakal diturunkan kelak? Jawapannya  hanya terletak di tangan K. Rajagobal. Kita hanya boleh menyatakan siapa  Skuad Ramalan 2011 bagi Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Pertama Malaysia vs Taiwan.  Sama ada ia tepat atau tidak itu tidak menjadi sebarang isu. Yang  pentingnya siapa yang bakal diturunkan memberi 100% tumpuan di atas  padang dalam misi mencari kemenangan.  Skuad Ramalan NazZue.com bagi Malaysia vs Taiwan 2011 untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Pertama 
 | 
WeLcoMe
Nuffnang
Tuesday, 28 June 2011
Skuad Malaysia vs Taiwan Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Pertama 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
    
No comments:
Post a Comment